LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

VIDEO - Pemandu Mabuk Ditahan Sebabkan Kemalangan Jalanraya, Enam Dilaporkan Cedera

Pemandu Mabuk Ditahan Sebabkan Kemalangan Jalanraya, Enam Dilaporkan Cedera

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan sebuah van di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu suspek hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah van, menyebabkan kenderaan tersebut terbalik di bahu jalan.

Akibat kemalangan itu, pemandu van serta lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kajang serta Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Pemandu SUV bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 51 tahun itu positif alkohol dan telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun serta denda antara RM30,000 hingga RM50,000.




oleh LIPUTAN7
1 April 2026
MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ
#liputan7 #Malaysia #Kemalangan #PemanduMabuk #BreakingNews

Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X