Seorang Pelajar Madrasah Diculik, Dipaksa Minum Arak Dan Dirogol Berkali-kali Oleh Sekumpulan Lelaki Selama Tiga Hari
KANNAUJ – Seorang pelajar perempuan Muslim berusia 14 tahun dilaporkan menjadi mangsa penculikan dan penderaan, dikurung serta dirogol berkali-kali oleh suspek utama yang bernama Deepu serta beberapa lelaki Hindu yang lain dalam satu kejadian mengejutkan di daerah Kannauj, Uttar Pradesh, India.
Mangsa yang merupakan pelajar sebuah madrasah dilaporkan keluar dari asrama sekitar jam 8 pagi untuk membeli barangan makanan sebelum gagal pulang semula. Kehilangannya segera dimaklumkan kepada keluarga dan usaha pencarian terus dijalankan.
Menurut bapanya, seorang lelaki dipercayai memperdaya anaknya dengan mendakwa ibunya mahu berjumpa dengannya. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah sebelum menyedari dirinya ditipu. Ketika cuba melarikan diri, mangsa didakwa dihalang dan dikurung selama hampir tiga hari.
Sepanjang tempoh itu, mangsa dikatakan mengalami penderaan fizikal dan mental selain dipaksa mengambil minuman memabukkan sehingga tidak sedarkan diri. Mangsa juga dilaporkan dirogol berkali-kali oleh Deepu dan rakan-rakan.
Keluarga bersama penduduk setempat akhirnya menemui mangsa dalam keadaan terikat di atas bumbung rumah suspek sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Pihak berkuasa mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Seorang individu telah ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi suspek dilaporkan melarikan diri ketika operasi menyelamat dijalankan.
oleh LIPUTAN7
7 Mei 2026
🇮🇳 INDIA
#liputan7 #India #UttarPradesh #Kannauj #jenayah