LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

Pelajar Tingkatan Empat Terselamat Selepas Terlelap Ketika Memandu Kereta Myvi & Terjunam Ke Dalam Sungai


Pelajar Tingkatan Empat Terselamat Selepas Terlelap Ketika Memandu Kereta Myvi & Terjunam Ke Dalam Sungai

BACHOK – Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun terselamat selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terjunam ke dalam sungai berhampiran pintu air Pengkalan Petah, Bachok, dipercayai akibat terlelap ketika memandu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang Sabtu, remaja yang dalam perjalanan pulang dari kelas tuisyen itu dilaporkan terjaga selepas kenderaannya tenggelam di sungai sedalam kira-kira 15 meter. Mangsa kemudian memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan menggunakan lengan kirinya sebelum berjaya keluar dari kenderaan.

Mangsa turut dibantu orang awam menggunakan tali untuk naik ke tebing sungai. Remaja itu mengalami kecederaan pada lengan kiri dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 5 petang.


oleh LIPUTAN7
12 Julai 2026

#LIPUTAN7 #Bachok #Kemalangan #Myvi #JBPM #Kelantan

Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X