Remaja Perempuan Jadikan Tali Bra Sebagai Gelang 'Azimat' Untuk Teman Lelakinya, Takut Kena Rampas Dengan Perempuan Lain
PETALING JAYA - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan seorang remaja perempuan yang memotong tali pakaian dalam miliknya sebelum dijadikan gelang tangan untuk teman lelakinya.
Dalam video tersebut, remaja berkenaan dilihat mencuci tali tersebut dan menyemburkannya dengan minyak wangi sebelum dipakaikan kepada teman lelakinya sebagai simbol cinta, selain mendakwa ia sebagai “pelindung” daripada gangguan pihak lain.
Rakaman berkenaan pantas menarik perhatian orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Rata-rata warganet mengecam tindakan tersebut yang disifatkan tidak bermoral serta tidak sesuai dipertontonkan, khususnya melibatkan golongan remaja.
Perkongsian itu turut mencetuskan perbincangan mengenai nilai dan batas dalam hubungan remaja serta pengaruh media sosial terhadap tingkah laku generasi muda masa kini.
oleh LIPUTAN7
5 Mei 2026
MALAYSIA 🇲🇾
#liputan7 #IsuSemasa #Remaja