LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

Tanah Perkuburan Batu 5 Disalah Guna, Jadi 'Port' Warga Asing Minum Arak

Tanah Perkuburan Batu 5 Disalah Guna, Jadi 'Port' Warga Asing Minum Arak

Tanah perkuburan di Batu 5 berhampiran Jalan Kuching, Kuala Lumpur dikesan disalah guna sebagai laluan kegiatan haram termasuk membawa barangan curi serta lokasi warga asing minum arak.

Perkara itu didedahkan seorang aktivis masyarakat yang memaklumkan aduan telah diterima daripada penduduk setempat, khususnya di Kampung Bakong. Dakwanya, kawasan perkuburan berkenaan dijadikan laluan pintas bagi individu tidak bertanggungjawab untuk meloloskan diri selepas melakukan jenayah.

Difahamkan pagar sedia ada telah rosak, sekali gus memudahkan pergerakan keluar masuk tanpa kawalan. Lebih membimbangkan, kawasan itu turut dijadikan tempat minum arak oleh warga asing sehingga mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk, apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa.

Tanah perkuburan yang dipercayai berusia lebih 80 tahun itu mempunyai batu nisan seawal tahun 1941. Cadangan membina pagar lebih tinggi serta kerja baik pulih kemudahan telah dikemukakan kepada pihak berwajib bagi mengelakkan kejadian berulang dan memastikan kesucian kawasan tersebut terus terpelihara.

oleh LIPUTAN7
19 Februari 2026
MALAYSIA 🇲🇾
#liputan7 #KualaLumpur #JalanKuching #TanahPerkuburan #BeritaSemasa

Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X