LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

Lelaki Dera Anak Tiri Telah Ditangkap Dan Didakwa Di Mahkamah

Lelaki Dera Anak Tiri Telah Ditangkap Dan Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa mendera anak tirinya menerusi rakaman video tular baru-baru ini telah ditahan sebelum dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan pihaknya mengesan satu rakaman video yang tular di platform Threads pada 19 Februari 2026. Video berdurasi kira-kira dua minit itu memaparkan seorang lelaki memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun selain mengarahkannya berlari berulang kali.

Hasil semakan mendapati polis telah menerima laporan lebih awal berhubung kejadian itu iaitu pada 19 Disember 2025 jam 1.48 petang daripada seorang wanita Melayu berusia 27 tahun yang juga ibu kepada mangsa. Pengadu memaklumkan bahawa dia telah melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya.

Siasatan awal percaya kejadian berlaku di sebuah kediaman sekitar kawasan Setapak. Susulan laporan diterima, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. 

Pada 20 Disember 2025, polis menahan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang merupakan suami pengadu dan ayah tiri kepada mangsa bagi membantu siasatan.
Suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan, khususnya membabitkan kanak-kanak, disarankan supaya segera membuat laporan polis atau menghubungi talian 03-2115 9999.


oleh LIPUTAN7
19 Februari 2026
MALAYSIA 🇲🇾
#liputan7 #Jenayah 

Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X