LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

Dua Lelaki Ditahan Polis Kes Curi Buah Kelapa Sawit

Dua Lelaki Ditahan Polis Kes Curi Buah Kelapa Sawit

Dua lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit dalam satu operasi rondaan cegah jenayah di kawasan kebun sawit Jalan Kampung Pelawan, Langkap.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.50 petang apabila sepasukan anggota polis menjalankan Ops Sawit sebelum terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Suspek dilaporkan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan selepas tindakan pantas pihak polis di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, selain menemui beberapa barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk tandan buah kelapa sawit, galah bersabit dan peralatan mengangkut.

Semakan lanjut turut mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod.

Kesemua suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Langkap untuk tindakan lanjut, dan siasatan masih diteruskan.

oleh LIPUTAN7
3 April 2026
MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ
#liputan7 #jenayah #perak #semasa

Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X