1 mayat membusuk dijumpai dalam rumah sewa
Penduduk kampung Telajung, Bekasi, dikejutkan dengan penemuan satu mayat yang telah membusuk di dalam rumah sewa pada hari Jumaat bersamaan dengan 27/12/2024
Pada awal kejadian penduduk kampung merasa aneh dengan bau yang sangat busuk setiap kali lalu-lalang di depan rumah mangsa. Bau itu disedari sejak sehari sebelum penemuan mayat mangsa.
Kemudian orang kampung berpakat untuk memanggil orang yang berada dalam rumah itu namun tidak ada yang menyahut.
Oleh kerana terlalu lama tidak ada respon dan bau yang mencurigakan, akhirnya penduduk kampung terpaksa memecah masuk rumah itu dengan kebenaran tuan rumah.
Setelah diperiksa hingga ke bilik, orang kampung menemui satu mayat lelaki yang sudah mengembung dan membusuk.
Penemuan itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan pihak polis sedang menjalankan siasatan. - Liputan7