Suspek rogol dan pembunuhan gadis penjual cucur goreng telah dikenalpasti
Padang Pariaman - Pihak polis telah mengenalpasti identiti suspek pembunuhan dan rogol seorang gadis berusia 18 tahun, Nia Kurnia Sari yang ditemukan dalam keadaan mayatnya tertanam dalam tanah beberapa hari yang lalu.
Suspek dikenali sebagai Indra Septriaman berusia 26 tahun berasal dari Kampung Korong Pasa Surau, Juha Guguak iaitu sebelah kampung mangsa. Difahamkan suspek ada rekod jenayah pencabulan wanita sebelum ini.
"Iya, benar. Itu tersangkanya, sesuai foto yang beredar," kata Ketua Polis pada Isnin (16/9/2024).
Sebelum ini telah tular berita tentang kematian seorang gadis yang ditemukan maut tertanam dalam tanah selepas beberapa hari orang kampung dan pihak berkuasa bekerjasama mencari mangsa.
Berita itu telah mengundang kemarahan dalam kalangan warganet dan menggesa agar pihak berkuasa segera menangkap pembunuhnya.
Sejak penemuan mayat mangsa, pihak polis berusaha menjejaki pelaku dan akhirnya identiti suspek telah dikenalpasti. Kini pihak polis sedang memburu perogol dan pembunuh Nia Kurnia Sari. - Liputan7