Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang 2 hari lalu ditemui maut akibat dibunuh
Tular beberapa foto mayat mangsa hari ini di media sosial yang bernama Aqilatunnisa Prisca Herlan,berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa, 17 September 2024 lalu.
Mayat mangsa dijumpai di pinggir Sungai Cihara, Kecamatan Cihara, Kabupaten Lebak, Banten pada 19 September 2024 pagi.
Difahamkan Aqilatunnisa Prisca Herlan tersebut hilang dari rumahnya di Jalan Kamboja Kompleks BBS II, Kelurahan Ciwedus, Kecamatan Cilegon.
Ibubapa mangsa sempat membuat hebahan anak hilang di media sosial sebelum membuat laporan polis. Pihak berkuasa bekerjasama dengan penduduk tempatan berusaha mencari mangsa merata-rata tempat.
Menurut keterangan pihak polis, mangsa dipercayai diculik dan dibunuh. Wajah mangsa dibalut dengan plastik, rambut mangsa dicukur dan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa dipercayai disiksa sebelum dibunuh.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif penculikan dan pembunuhan ini dipercayai kerana suspek dendam kepada ibubapa mangsa.
Walaubagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek pembunuhan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut - Liputan7
Oleh FIRDAUS YAHAYA
19 September 2024, 3:08 pm