LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

Bapa b*nvh dan kerat mayat anak perempuan kerana sering lari dari rumah ikut teman lelaki

Bapa b*nvh dan kerat mayat anak perempuan kerana sering lari dari rumah ikut teman lelaki 

Seorang lelaki yang didakwa berang dengan hubungan percintaan anak perempuannya yang berusia 17 tahun bertindak membunuhnya dengan kejam dan memotong mayatnya di sebuah kampung di bawah kawasan Motipur di daerah Bahraich, kata polis pada hari Isnin. 

Pihak polis telah menahan suspek susulan laporan yang dibuat oleh ibu mangsa.

Superintendan Polis Tambahan (Luar Bandar) Pavit Mohan Tripathi berkata, 

"Naeem Khan, seorang penduduk kampung Lakshmanpur Matehi di Motipur, didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia 17 tahun pada hari Isnin.

"Khan menggunakan senjata tajam untuk mengelar lehernya dan kemudian memutuskan kepala, tangan dan kaki mangsa 

"Saksi mendakwa Khan, dalam keadaan marah, duduk di sebelah mayat yang dikerat selepas melakukan jenayah itu, katanya. 

"Punca pembunuhan adalah kerana Khan sakit hati sebab Remaja itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda dari kampung yang sama dan dia pernah melarikan diri dari rumah dua kali sebelum ini," kata Tripathi. 

“Khan mengaku curiga dengan anak perempuannya selepas dua kali melarikan diri dan mungkin anaknya akan ulang perkara yang sama(lari dari rumah lagi).

"Khan berkata tingkah laku anak perempuannya itu boleh memberi kesan negatif kepada anak-anaknya yang lain, jadi dia membunuh anak perempuannya dengan senjata tajam," kata pegawai itu. 

Pegawai Polis (CO) Heera Lal Kanaujia memberitahu pemberita bahawa semasa soal siasat, Khan mempunyai empat anak perempuan dan hubungan cinta anak sulungnya menjejaskan anak-anaknya yang lain. 

Khan juga mendakwa kejadian membabitkan anak sulungnya membawa keburukan kepada keluarga di kampung itu, tambahnya. Pegawai polis berkata, bedah siasat mayat sedang dilakukan. 

Video ngeri, kalau tak kuat jangan tengok : 
https://t.me/liputan7plus/18229

Polis akan menyiasat perkara itu secara mendalam dan akan mengambil tindakan undang-undang, tambahnya. - Liputan7 







Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X