LIPUTAN7

Portal Berita Mutakhir

Guna nombor pendaftaran nama sendiri, wanita dikompaun JPJ


 

Guna nombor pendaftaran nama sendiri, wanita dikompaun JPJ


Alor Setar: Wanita memandu kereta Honda City menggunakan nombor pendaftaran seperti perkataan yang menunjukkan namanya, dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Wanita berusia 30-an yang juga pemilik kereta itu mengaku bahawa nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya.


Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pasukan penguat kuasanya menahan kereta dipandu wanita berkenaan pada 6,40 petang semalam di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.


Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan.


"Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jadi notis dikeluarkan untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, penguat kuasa mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


"Sehubungan itu, JPJ Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan terbabit," katanya.


Kongsikan artikel ini :


MENARIK DI TELEGRAM LIPUTAN7
JOIN TELEGRAM LIPUTAN7
X